Analisis keperluan Takaful / Takaful need analysis

Takaful adalah suatu bentuk perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga dan orang yang tersayang.

Oleh kerana keperluan setiap keluarga mahupun individu adalah berlainan. Maka aspek perlindungan Takaful yang diperlukan turut berbeza.

Dirujuk pada surah al-baqarah ayat 240, sebaik-baiknya meninggalkan wang perbelanjaan selama setahun. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan jumlah faedah perlindungan takaful ialah:

  1. setahun perbelanjaan ( setahun gaji )
  2. kos pengkebumian ( rm3000 – rm5000 mengikut tempat )
  3. hutang piutang ( hutang kad kredit )

Contoh pengiraan.

A bekerja dan berpendapatan rm2000 sebulan. Mempunyai hutang kad kredit berjumlah rm3500.

Jumlah perlindungan diperlukan = ( setahun gaji 2000×12 ) + ( belanja perkebumian 4000 ) + ( kad kredit 3500 )

= 24000+4000+3500

= rm31,500.00

Asas pengiraan perlindungan ini diharap dapat membantu dalam membuat penilaian mengenai jumlah perlindungan takaful yang anda perlukan.

Related posts:

  1. Jumlah Perlindungan Insuran Takaful yang Diperlukan Bagi Keluarga Islam di Malaysia Takaful adalah suatu bentuk perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga...
  2. Bagaimana Memilih Pelan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance) Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat pemilihan perlindungan takaful...
  3. Maklumat asas berkaitan Takaful dan Pilihan Perlindungan Takaful adalah konsep berasaskan fiqh-muamalat berlandaskan syariah islam. Pada asasnya,...
  4. Perancangan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance ) – Pemberian Kepada Mereka Yang Tersayang Yang muda akan menjadi tua, Yang hidup pastinya akan mati....
  5. Pelan Pendidikan Takaful Pelan pendidikan Takaful adalah pelan takaful yang memberikan perlindungan dan...

Leave a Reply