Bagaimana Membuat Tuntutan Harta Pusaka dan Proses Tuntutan Harta Pusaka

Membuat tuntutan harta pusaka bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi nilai harta tidak melebihi 2 juta tuntutan boleh dibuat di Unit Pembahagian Pusaka Kecil. Nilai harta melebihi 2 juta proses tuntutan akan dibuat melalui makamah tinggi. Di sini kita hanya membincangkan tuntutan dibawah 2 juta.

Apakah harta pusaka kecil ?
Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Simati tidak meninggalkan wasiat ( di bawah Akta Wasiat 1959 );
  2. Harta itu terdiri daripada: harta tak alih (tanah) dan lain-lain harta alih seperti Wang Tunai, Saham, KWSP, ASN, ASB, ASW dan sebagainya;
  3. Jumlah nilai harta itu hendaklah tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009).

Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil ( Permohonan Awal )
Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu Borang A
( Seksyen 8 )

Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Bukti Kematian

  • Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
  • surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya);

2.Salinan Hakmilik
Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:
Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).

Siapakah yang berhak memohon?
Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:

  • Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
  • Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  • Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
  • Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
  • Amanah Raya Berhad.

Dimanakah permohonan boleh dikemukakan

1. Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tidak alih si mati terletak

2. Sekiranya si mati mempunyai harta tak alih di banyak tempat ( mukim/daerah ) sama ada di dalam negeri yang
sama atau negeri yang berlainan, permohonan boleh dikemukakan di satu tempat sahaja iaitu di
Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana salah satu harta tak alih si mati terletak dengan
menyenaraikan kesemua harta tidak alih si mati

Menghadiri pembicaraan

  • Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
  • Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
  • Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.

// Sila berikan komen anda atau emailkan ke azharays[at]gmail.com

Comments (1)

 

  1. Mahentharan says:

    Bolehkan rumah yang di wariskan dijual jika salah satu daripada 7 waris tidak mahu jual rumah emak nya yang sudah meninggal dunia.

Leave a Reply