Dimana Ada Kemahuan Di Situ Ada Highway

Segmen kembara adalah bedasarkan pengalaman dan cerita benar ( real life story )  dari penulis dan rakan-rakan.

Kemahuan saya ada banyak, hendak kebahagian keluarga, hendak kereta, rumah, bersiar-siar dan sebagainya. Kesemuanya nak serentak iaitu sekarang saat dan tika ini juga. Apa yang saya dapat? habuk pun takde. Takpe kemahuan tu masih ada. Akan saya usahakan sedikit demi sedikit.

Ada 2 sahabat saya nie memenag mempunyai matlamat yang jelas dan menggunakan kaedah highway. Dimana semuanya ke arah mencapai matlamat tersebut.

Cerita 1. Menyimpan duit untuk berkahwin

Carita 2. Menyimpan duit untuk melancong ke United Kingdom

Jat nie memang nak kawin. Buah hati dah ada cuma duit jer yang takder. Bila dia tahu nak kahwin jer terus buat perubahan drastik. Menyimpan 70% dari jumlah gaji yang diterima untuk kawin. Macam-macam dia buat semuanya menuju satu matlamat SIMPAN UNTUK KAWIN benda-benda lain tolak ketepi. Tengok wayang tolak, melancong dgn kawan tolak, makan fast food tolak. bak kata yang mengurangkan duit atau memenuhi kemahuan semua dia tolak. Yang ditambah: buat overtime, ambil shift malam ( dapat elaun lebih ), kerja bersungguh-sungguh ( dapat pekerja terbaik dan imbuhannya duit ) Gaji dalam rm2000 simpan rm1500. Duit guna untuk bayar sewa rumah ( duduk dengan kawan-kawan) duit makan, duit minyak motor. Genap 2 tahun dalam akaun ada RM20k ++ . Bolehla kawin.

Rie pulak nak pi melancong ke UK. Masa tu masih lagi belajar kat matrikulasi. Dapat elaun pengajian simpan untuk beli tiket. Kekawan lain sibuk beli motor termasuk saya hehehhe. Masa tu dapat dalam rm2000. Macam orang kaya rasanya. Yang Rie nie ikat perut dan buat kerja tambahan yang lain. Apa taknyer makan malam dah boleh tahu apa diorder. Nasi putih telur mata / dadar, Sup kosong. Selama 1 semester.

Ini adalah contoh sedikit ekstrem menggunakan kaedah highway nie. Laju jer tak toleh-toleh dah. Kedua-dua mencapai matlamat masing-masing. Apa jua dalam kehidupan mesti ada matlamat yang jelas. Kita mesti fokus ke arah itu. Yang lain boleh diketepikan dahulu. Tentukan matlamat anda sendiri dan buat perancangan. Anggaplah ia satu cabaran yang getir namun bersifat  sementara. Lepas guna highway tukarlah ikut jalan lama pulak. Lebih santai dan damai. Menikmati keindahan alam dan keindahan kehidupan.

Related posts:

  1. Perancangan Kewangan       Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus...
  2. Aplikasi Penyata Aliran Tunai ( Cash Flow ) Menggunakan Excel Penyata aliran tunai ( cash flow ) ini dibuat supaya...
  3. Kepentingan Penyata Aliran Tunai ( cash flow ) dalam Perancangan Kewangan Penyata aliran tunai ( cash flow ) sering dikaitkan dengan...
  4. Perancangan Kewangan ( Financial Planning ) Perancangan kewangan adalah subjektif dan bergantung kepada matlamat individu ataupun...

Leave a Reply