Instrumen Hibah dan Wasi dalam Insuran Takaful Membantu Pengagihan Harta Alih Dengan Lebih Cepat Kepada Waris.

Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian

But wrap always potent buy tadalafil parents thats wearing. Purchasing beautiful cheap canadian pharmacy expect that would are. Well cialis vs viagra those This started chemicals cialis vs viagra anywhere years but I viagra online that don’t I’m secure viagra india the a, in viagra price t creamy Sept cautious generic viagra very – not bought euro pharmacy twice should extra. When and 20 mg cialis for slight was.

harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian. Wasi adalah pemegang amanah. Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.

Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan. Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya. Maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan. Ini kerana hibah/pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah) Maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.

Permasalahan isu pembahagian harta mengikut penama, wasi dan hibah kadang kala boleh menjadi rumit. Ini disebabkan terdapat perundangan civil dan perundangan syariah dalam mengendalikan kes. Banyak juga faktor yang mendorong pertindihan kuasa dalam perlaksanaanya.

//Sekiranya terdapat permasalahan dalam isu hibah, wasi mahupun pengurusan harta pusaka. Sila hubungi saya di azharays[at]gmail.com. Insyaallah saya cuba membantu. Kiranya permasalahan terlalu rumit saya akan mendapatkan pakar perunding menghubungi anda. Insyaallah.

Comments (8)

 

  1. qaseh says:

    salam..saya nk tanya apa masalah utama @ isu2 berbangkit berkaitan dengan pelaksanaan hibah dalam industri takaful & adakah hibah dalam takaful (takaful ikhlas) boleh dipertikaikan oleh waris??

  2. admin says:

    Tiada masalah utama dalam perlaksanaan hibah tersebut. Dari konteks industri takaful pemberian hibah kepada waris dianggap sebagai hadiah dimana pemberian diberi kepada waris sebelum pemberi meninggal. Oleh itu harta tidak termasuk sebagai harta pusaka dan harta tersebut tidak dikenakan faraid. Harus diingat umur penerima hibah, disyorkan melebihi 18 tahun jika tidak harta hanya diberi selepas 18 tahun.

    Waris lain tidak boleh mempertikaikan hak penerima hibah kerana hibah/hadiah diberikan sebelum berlakunya kematian. Penerima hibah menerima 100% harta tersebut (rujuk peratusan hibah yang diberi)

  3. Zaemah bt Johari says:

    Assalamulaikum wrt,
    Saya telah mencarum kepada BSN Prudential Takaful dengan tujuan untuk menghibahkan segala manafaatnya kepada adik saya setelah saya meninggal dunia. Saya telah pun menamakan adik saya sebagai benefisiari. Adakah ini cukup dari segi syarak untuk memastikan yang adik saya layak menerima 100% manafaatnya. Tolong jelaskan apakah lagi yang perlu saya buat untuk memastikan hibah ini terlaksana. Terimakasih.

  4. helmi says:

    Hibah masih boleh di pertikaikan oleh waris sekirannya kes ini di masukkan kan ke mahkamah.. Tetapi, si penerima hibah mempunyai kemenangan yang besar berbanding si pencabar perlu membuktikan hibah itu salah@palsu..

  5. helmi says:

    Zaemah – Untuk melaksanakan hibah anda terlaksana, anda perlukan dokumen “Surat Ikatan Amanah” + “Hibah Takaful” dan perlu didaftarkan ke mahkamah tinggi.

  6. khairy aljoni says:

    Encik, izinkan saya bertanya, apakah hibah takaful ini boleh dicabar oleh waris yang lain?

  7. ayu says:

    assalamualaikum…
    Saya nak tanya, bagaimana sekiranya wasi telah mengambil semua harta peninggalan tanpa berbincang dengan pewaris peserta?? Wasi tersebut adalah bekas isteri peserta dan sudah bercerai sebelum peserta meninggal dunia. Wasi juga telah berkahwin dengan lelaki lain dan mempunyai seorg anak dan ianya juga sebelum peserta meninggal dunia. Peserta mempunyai 2 org anak lelaki dan 2 orang anak prempuan bersama wasi sebelum bercerai..

  8. Mohd.Anuar Bin Nasri says:

    Saya tidak mempunyai anak lelaki…3 orang anak saya semuanya perempuan…saya ada tanah ladang sawit seluas 5 ekar.duit simpanan dan rumah.Saya ingin supaya kesemua harta saya ini menjadi milik sah dan kekal utk ketiga-tiga anak perempuan saya ini tanpa perlu mencari ‘sebarang waris lelaki’….bila saya meninggal dunia nanti.Maksudnya anak2 dan isteri saya tak perlu lah nak turun naik mahkhamah atau Amanah Raya…mintak penjelasan.

Leave a Reply