Instrumen Hibah dan Wasi dalam Insuran Takaful Membantu Pengagihan Harta Alih Dengan Lebih Cepat Kepada Waris.
Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian. Wasi adalah pemegang amanah. Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.
Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan. Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya. Maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan. Ini kerana hibah/pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah) Maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.
Permasalahan isu pembahagian harta mengikut penama, wasi dan hibah kadang kala boleh menjadi rumit. Ini disebabkan terdapat perundangan civil dan perundangan syariah dalam mengendalikan kes. Banyak juga faktor yang mendorong pertindihan kuasa dalam perlaksanaanya.
//Sekiranya terdapat permasalahan dalam isu hibah, wasi mahupun pengurusan harta pusaka. Sila hubungi saya di azharays[at]gmail.com. Insyaallah saya cuba membantu. Kiranya permasalahan terlalu rumit saya akan mendapatkan pakar perunding menghubungi anda. Insyaallah.
Related posts:
- Keistimewaan / Kelebihan Hibah dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam Dengan Pemberian Rumah Tanpa Perlu Proses Tukar Nama, Dapat Melindungi Pemberi Rumah Dalam Erti Kata Sebenar. Keringat yang menitis, tenaga, masa dan kasih sayang yang dicurahkan...
- Pengertian Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah dan Wakaf dalam Perancangan Kewangan Islam ( Wealth Distribution in Islamic Financial Planning ) Pengertian Pusaka Harta pusaka ialah harta benda yang ada selepas...
- Wasiat dan Hibah Hibah dan wasiat merupakan instrumen penting dalam perancangan harta menurut...
- Jumlah Perlindungan Insuran Takaful yang Diperlukan Bagi Keluarga Islam di Malaysia Takaful adalah suatu bentuk perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga...
- Hak Simati Yang Perlu Dilunaskan Sebelum Perlaksanaan Pembahagian Harta Pusaka Setelah seseorang itu meninggal dunia, sebelum hartanya dibahagikan mengikut sistem...
Comments (3)

salam..saya nk tanya apa masalah utama @ isu2 berbangkit berkaitan dengan pelaksanaan hibah dalam industri takaful & adakah hibah dalam takaful (takaful ikhlas) boleh dipertikaikan oleh waris??
Tiada masalah utama dalam perlaksanaan hibah tersebut. Dari konteks industri takaful pemberian hibah kepada waris dianggap sebagai hadiah dimana pemberian diberi kepada waris sebelum pemberi meninggal. Oleh itu harta tidak termasuk sebagai harta pusaka dan harta tersebut tidak dikenakan faraid. Harus diingat umur penerima hibah, disyorkan melebihi 18 tahun jika tidak harta hanya diberi selepas 18 tahun.
Waris lain tidak boleh mempertikaikan hak penerima hibah kerana hibah/hadiah diberikan sebelum berlakunya kematian. Penerima hibah menerima 100% harta tersebut (rujuk peratusan hibah yang diberi)
Assalamulaikum wrt,
Saya telah mencarum kepada BSN Prudential Takaful dengan tujuan untuk menghibahkan segala manafaatnya kepada adik saya setelah saya meninggal dunia. Saya telah pun menamakan adik saya sebagai benefisiari. Adakah ini cukup dari segi syarak untuk memastikan yang adik saya layak menerima 100% manafaatnya. Tolong jelaskan apakah lagi yang perlu saya buat untuk memastikan hibah ini terlaksana. Terimakasih.