Kepentingan Penyata Aliran Tunai ( cash flow ) dalam Perancangan Kewangan

Penyata aliran tunai ( cash flow ) sering dikaitkan dengan perniagaan. Ianya dapat memberikan senario tentang perbelanjaan, jualan dan untung rugi sesuatu perniagaan. Namun aliran tunai ( cash flow ) juga dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dalam perancangan kewangan individu dan keluarga. 2 fungsi utama aliran tunai ( cash flow ) adalah:

1. Mengetahui jumlah perbelanjaan bulanan / semasa
2. Mengetahui jumlah penerimaan bulanan / semasa

Perbelanjaan bulanan merangkumi sewa rumah dan kereta, kos makan dan minum dan sebarang kos pembayaran. Sementara penerimaan bulanan adalah duit gaji, elaun, bonus, kerja lebih masa ( overtime ) dan sebagainya.

Aliran tunai ( cash flow ) positif menunjukkan kita berada di landasan yang betul. Manakala aliran tunai ( cash flow ) negatif memerlukan kita supaya lebih berhati-hati dalam perbelanjaan.

Dengan mengetahui aliran tunai kita dapat membuat analisa dan andaian tentang keperluan kewangan di masa depan. Kita dapat mengenalpasti bahagian manakah yang menyebabkan kewangan kita tidak seimbang. Contohnya terlalu banyak hutang kad kredit ( credit card debt ), ansuran rumah / kereta terlalu tinggi, banyak berbelanja untuk makan dan sebagainya.

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membuat perancangan kewangan. Mulalah membuat perancangan kewangan dengan membuat penyata aliran tunai.

Related posts:

  1. Aplikasi Penyata Aliran Tunai ( Cash Flow ) Menggunakan Excel Penyata aliran tunai ( cash flow ) ini dibuat supaya...
  2. Perancangan Kewangan ( Financial Planning ) Perancangan kewangan adalah subjektif dan bergantung kepada matlamat individu ataupun...
  3. Perancangan Kewangan       Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus...
  4. Instrumen-instrumen kewangan Dana adalah terdedah kepada risiko matawang asing, risiko pasaran, risiko...
  5. Dimana Ada Kemahuan Di Situ Ada Highway Segmen kembara adalah bedasarkan pengalaman dan cerita benar ( real...

Leave a Reply