Pengertian Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah dan Wakaf dalam Perancangan Kewangan Islam ( Wealth Distribution in Islamic Financial Planning )
Pengertian Pusaka
Harta pusaka ialah harta benda yang ada selepas kematian seseorang. Dalam bahasa arab pusaka disebut sebagai Al-Irth, Al-Wirth atau Al-Wirath ianya mempunyai kesamaan dengan maksud warisan. Harta warisan / peninggalan disebut Al-Mirath. Harta pusaka ini kemudianya akan dibahagikan kepada waris yang berhak selepas menunaikan tuntutan terhadap orang yang meninggal dunia.
Pengertian Wasiat
Dari segi bahasa, wasiat berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Manakala wasiat dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.
Pengertian Hibah
Hibah ialah hadiah ( gift ) yang diberikan kepada seseorang. Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.
Pengertian Wakaf
Dari sudut bahasa wakaf beerti menahan. Maksudnya menahan harta dari diperjualbelikan atau digunakan sehingga habis. Dengan sedemikian harta itu tetap kekal. Menurut syara’ada pelbagai pendapat antaranya wakaf ialah menahan harta dan memberikan manfaat ( kepada orang lain ) di jalan Allah
Related posts:
- Keistimewaan / Kelebihan Hibah dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam Dengan Pemberian Rumah Tanpa Perlu Proses Tukar Nama, Dapat Melindungi Pemberi Rumah Dalam Erti Kata Sebenar. Keringat yang menitis, tenaga, masa dan kasih sayang yang dicurahkan...
- Wasiat dan Hibah Hibah dan wasiat merupakan instrumen penting dalam perancangan harta menurut...
- Instrumen Hibah dan Wasi dalam Insuran Takaful Membantu Pengagihan Harta Alih Dengan Lebih Cepat Kepada Waris. Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam...
- Hak Simati Yang Perlu Dilunaskan Sebelum Perlaksanaan Pembahagian Harta Pusaka Setelah seseorang itu meninggal dunia, sebelum hartanya dibahagikan mengikut sistem...
- Bagaimana Membuat Tuntutan Harta Pusaka dan Proses Tuntutan Harta Pusaka Membuat tuntutan harta pusaka bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi nilai...
