Pengiraan Pencen Bagi Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan
Kakitangan awam mempunyai pelbagai kelebihan berbanding sektor swasta. Dengan skim pencen dan rawatan di hospital kerajaan ia mampu menarik ramai orang untuk bekerja di sektor awam.
Sebagai ketua keluarga mahupun individu yang menyumbangkan pendapatan kepada keluarga. Perancangan masa hadapan iaitu ketika persaraan dan pada masa kini adalah amat penting. Bagi kakitangan kerajaan terdapat 2 bentuk ganjaran.
a. Pencen ( pencen terbitan )
b.Ganjaran ( ganjaran terbitan )
a) Formula pencen : 1/600 x bulan dalam perkhidmatan x gaji akhir
tertakluk kepada maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji yang akhir diterima sebulan tetapi
i. tidak kurang satu perlima daripada gaji yang akhir diterima sebulan ; dan
ii. tidak kurang daripada RM720.00 sebulan sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira 300 bulan atau lebih
b) Formula ganjaran : 7.5% x bulan dalam perkhidmatan x gaji akhir
Bagi Pegawai Sementara yang mati dalam perkhidmatan, orang tanggunggannya layak dibayar faedah terbitan di bawah Seksyen 25 Akta 227 seperti berikut :
i. elaun bersara terbitan atas kadar ¾ daripada amaun di (a)
ii. ganjaran terbitan atas kadar ¾ daripada amaun di (b)
Kesimpulanya: lagi lama tempoh perkhidmatan kakitangan awam maka lebih tinggi jumlah pencen dan ganjaran yang diterima. Keterangan lanjut boleh didapati di laman web jpa.
Sumber** http://www.jpapencen.gov.my/faedah_terbitan.html
No related posts.
