Perancangan Kewangan ( Financial Planning )

Perancangan kewangan adalah subjektif dan bergantung kepada matlamat individu ataupun keluarga. Ianya harus mempunyai garis panduan yang tegar dan juga mempunyai ruang untuk flexibality. Sebaiknya keberkesanan perancangan dinilai dan diubah setiap tahun mengikut keperluan semasa. Panduan asas dalam perancangan kewangan ialah

Pengurusan aliran tunai ( Cash Flow )
pengurusan aliran tunai amat penting dalam perancangan kewangan kerana ia dapat mengenalpasti perbelanjaan semasa. Di sini perbelanjaan keperluan, perbelanjaan kehendak dan simpanan dapat dikenalpasti.

Perancangan menyelesaikan hutang piutang

Rata-rata kita semua mempunyai hutang termasuklah saya sendiri. Dari kad kredit, pinjaman perumahan, pinjaman kereta dan sebagainya. Keseimbangan dalam pembayaran dan perancangan yang teliti dapat membantu mengurangkan beban tangungan tersebut.
Perancangan Simpanan / Pelaburan
Simpanan adalah penting untuk masa hadapan. Cubalah menyimpan dengan apa yang ada. Bermulalah dari 5% gaji bulanan dan cuba naikkan peratusan dari masa ke semasa. Jangan terlalu asyik menyimpan sampai terlupa lansung untuk berbelanja.

Perancangan Insurans
Insuran adalah keperluan kepada waris yang masih kecil dan keluarga. pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.

Perancangan Persaraan
Di masa pesaraan mungkin kita tidak mampu bekerja kuat seperti dahulu. Dengan perancangan yang baik usia persaraan akan dilalui dengan lebih tenang dan gembira

Perancangan Harta

Perancangan harta bertujuan untuk mengelak sebarang pertelingkahan di kemudian hari. Penggunaan instrumen hibah, wasi dan wasiat dapat membantu mengagihan herta dengan lebih lancar.

Related posts:

  1. Kepentingan Penyata Aliran Tunai ( cash flow ) dalam Perancangan Kewangan Penyata aliran tunai ( cash flow ) sering dikaitkan dengan...
  2. Perancangan Kewangan       Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus...
  3. Aplikasi Penyata Aliran Tunai ( Cash Flow ) Menggunakan Excel Penyata aliran tunai ( cash flow ) ini dibuat supaya...
  4. Hak Simati Yang Perlu Dilunaskan Sebelum Perlaksanaan Pembahagian Harta Pusaka Setelah seseorang itu meninggal dunia, sebelum hartanya dibahagikan mengikut sistem...
  5. Dimana Ada Kemahuan Di Situ Ada Highway Segmen kembara adalah bedasarkan pengalaman dan cerita benar ( real...

Leave a Reply