Perancangan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance ) – Pemberian Kepada Mereka Yang Tersayang
Yang muda akan menjadi tua, Yang hidup pastinya akan mati. Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari kenyataan ini. Kita mampu merancang hanya Allah yang menentukan.
Kita merancang yang terbaik untuk keluarga. Dengan pekerjaan, kita mampu menyediakan rumah untuk berteduh, makanan untuk dimakan, kenderaan untuk bersiar-siar dan sebagainya. Mari merenung sejenak apakah perkara yang menyebabkan rumah, makanan dan kenderaan boleh hilang sekelip mata.
Antara perkara yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah:
1. Kematian ayah / ibu / abang / kakak / adik ( mereka-mereka yang menyediakan sumber kewangan kepada keluarga )
2. Hilang Upaya Kekal ayah / ibu / abang / kakak / adik (mereka-mereka yang menyediakan sumber kewangan kepada keluarga )
3. Sakit berpanjangan ayah / ibu / abang / kakak / adik ( mereka-mereka yang menyediakan sumber kewangan kepada keluarga )
Tiada siapa menduga bila musibah akan melanda. Kematian, hilang upaya kekal, sakit berpanjangan antara perkara yang mesti diambil perhatian oleh ketua keluarga. Perlindugan Takaful ( Takaful Insurance ) tidak boleh menggantikan anda sekiranya anda meninggal dunia kerana anda adalah unik. Namun begitu perlindungan takaful ( takaful insurance ) boleh mengurangkan bebanan keluarga yang ditinggalkan kerana ia menyediakan sejumlah wang untuk ahli keluarga meneruskan kehidupan.
Dengan adanya perlindungan takaful ( takaful insurance ) keluarga boleh menikmati rumah, makanan dan melansaikan hutang piutang. Pemberian Takaful kepada waris juga adalah unik. Mempunyai pemberian secara wasi ataupun hibah.
Buatlah pilihan yang bijak dengan pelan-pelan takaful yang ada di Malaysia. Pelan mestilah memenuhi keperluan dan kemampuan masing-masing.
Insyaallah saya cuba membantu dan memberi khidmat nasihat takaful secara percuma. Saya boleh dihubungi di azharays[at]gmail.com
Related posts:
- Bagaimana Memilih Pelan Perlindungan Takaful ( Takaful Insurance) Banyak faktor perlu diambil kira dalam membuat pemilihan perlindungan takaful...
- Jumlah Perlindungan Insuran Takaful yang Diperlukan Bagi Keluarga Islam di Malaysia Takaful adalah suatu bentuk perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga...
- Panduan Penting Apabila Menyertai Pelan Takaful ( Takaful Insurance ) Benar-benar memahami pelan takaful ( Takaful Insurance )anda termasuklah...
- Keistimewaan / Kelebihan Hibah dalam Pengurusan Harta Pusaka Islam Dengan Pemberian Rumah Tanpa Perlu Proses Tukar Nama, Dapat Melindungi Pemberi Rumah Dalam Erti Kata Sebenar. Keringat yang menitis, tenaga, masa dan kasih sayang yang dicurahkan...
- Maklumat asas berkaitan Takaful dan Pilihan Perlindungan Takaful adalah konsep berasaskan fiqh-muamalat berlandaskan syariah islam. Pada asasnya,...
